KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjalankan kaji selidik seismik 2D berbilang pelanggan luar pesisir baharu di kawasan utara Selat Melaka untuk meneroka dan memetakan potensi hidrokarbon di blok terbuka PM320 dan PM321 Lembangan Langkasuka.
Menurut syarikat minyak nasional itu kaji selidik yang sedang dijalankan itu telah dimulakan pada Oktober 2023 dan dijangka tamat pada akhir Disember tahun ini.
Kaji selidik itu akan meningkatkan ketersediaan kumpulan data seismik yang lebih besar, membawa kepada kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menemui potensi hidrokarbon, yang seterusnya, dijangka menarik bakal pelabur dalam pusingan bidaan masa depan, jelas Petronas dalam kenyataan pada Rabu.
Petronas memaklumkan kaji selidik itu meliputi kawasan bersaiz lebih 38,000 kilometer persegi, bertujuan untuk memperoleh kira-kira 8,000 kilometer data seismik 2D baharu bagi menyediakan data seismik berkualiti tinggi untuk menjangkakan sasaran pratertiari.
"Petronas terus melabur dalam pengayaan data untuk lembangan Malaysia, seperti Lembangan Langkasuka yang baru.
"Inisiatif seperti kaji selidik seismik berbilang pelanggan ini dijangka menarik minat penerokaan untuk menyokong strategi pertumbuhan pengeluaran negara," kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Mohamed Firouz Asnan.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Cari Gali Sumber MPM, Azmir Zamri berkata kajian terbaru Lembangan Langkasuka menunjukkan potensi hidrokarbon berada dalam pembentukan pratertiari lebih dalam yang belum teruji, yang mendorong kaji selidik seismik itu.
"Penyelidikan cari gali pertama dijangka dalam tiga tahun akan datang untuk menguji keadaan geologi baharu yang menarik ini," katanya.
Petronas, melalui MPM, adalah penjaga sumber petroleum di Malaysia. Berlandaskan mandat itu, MPM menguruskan pengaturan petroleum dan menyediakan pengawasan terhadap aktiviti cari gali dan pengeluaran huluan di negara ini.
Maklumat lanjut mengenai peluang pelaburan dalam sektor huluan Malaysia boleh didapati di https://www.petronas.com/mpm/.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Petronas, melalui MPM, adalah penjaga sumber petroleum di Malaysia. Berlandaskan mandat itu, MPM menguruskan pengaturan petroleum dan menyediakan pengawasan terhadap aktiviti cari gali dan pengeluaran huluan di negara ini.
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.